UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :JA Political science (General)
Main Author :Rabaah Abdullah
Title :Penglibatan mahasiswa dalam reformasi politik Thailand, 1970-1990-an
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2014
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini membincangkan penglibatan mahasiswa dalam reformasi politik Thailand dari 1970 hingga 1990-an yang telah memberi impak yang besar terhadap politik dan rakyat Thailand. Fokus utama kajian menjurus kepada peranan yang dimainkan oleh aktivis mahasiswa 1970-an khususnya dari Universiti Thammasat, Universiti Chulalongkorn serta Persatuan National Student Center of Thailand (NSCT) dalam usaha membentuk politik yang lebih demokratik di Thailand. Perbincangan berkisar kepada faktor-faktor yang mendorong keterlibatan mahasiswa dalam aktivitiaktiviti yang berunsurkan politik dan sosial serta kesannya kepada kesedaran politik dalam kalangan masyarakat umum. Sclain itu, pengaruh dan kerjasama aktivis mahasiswa dalarn Pertubuhan Bukan Kerajaan termasuk kesatuan-kesatuan buruh dan petani turut dibcri tumpuan. Kajian ini juga memberi penekanan kepada insiden 14 Oktober 1973, 6 Oktober 1976 dan Mei 1992 yang memperlihatkan keterlibatan mahasiswa secara langsung dalam reformasi politik di Thailand. Reformasi politik bukan sahaja rnenyebabkan kerap berlaku pertukaran kerajaan malah turut membabitkan pindaan Perlembagaan Thailand. Aktivis mahasiswa memainkan peranan penting di sebalik perubahan tersebut. Maklurnat-maklumat berkenaan perjuangan aktivis mahasiswa menuntut demokrasi di Thailand dan kesannya kepada masyarakat dan negara dicerap dan dianalisis daripada dokurnen-dokurnen, buku-buku serta artikelartikel berkaitan isu terse but yang ditulis oleh para sarjana Thai dan juga Barat. Akhbarakhbar seperti Bangkok Post, The Nation dan Prachathipthai serta draf-draf Perlembagaan Thailand merupakan rujukan utama di samping bahan-bahan bacaan lain yang membincangkan isu-isu yang berkaitan perjuangan demokrasi mahasiswa. Temubual turut dilakukan dengan bekas pemimpin mahasiswa dekad 1970-an sebagai satu alternatif untuk mendapatkan maklumat secara lisan. Secara keseluruhannya, penglibatan mahasiswa dekad 1970-an dalam senario politik Thailand adalah bertujuan untuk menegakkan prinsip demokrasi yang mengutamakan kepentingan rakyat. Lantaran itu, mereka dikenali sebagai 'kumpulan pendesak' terhadap kerajaan dan kebanyakan daripada aktivis mahasiswa I 970-an ini masih mernainkan peranan sebagai 'kumpulan pendesak' pada dekad I 990-an. Golongan ini menyalurkan idea dan kritikan mereka terhadap kerajaan melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan dan media massa. Ini membuktikan bahawa penglibatan aktivis mahasiswa dalarn politik bukanlah bermusim dan mereka serius dalam rnernperjuangkan kepentingan rakyat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.