UPSI Digital Repository (UDRep)

Kajian Seni Berbari di Terengganu dan Kelantan

AVAILABLE Thesis 1685 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kajian Seni Berbari di Terengganu dan Kelantan
Type
Thesis
Main Author
Mardiana Ismail
Subject
N Visual arts (General) For photography, see TR
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2014
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Seni Berbari merupakan seni persembahan teater tradisional berbentuk tradisi lisan. Objektif kajian ini adalah untuk memperkenalkan elemen-elemen yang membentuk Seni Berbari seperti ruang dan masa persembahan, koleksi cerita, tema penceritaan, plot dan aksi, watak, penggunaan bahasa, kehadiran melodi, bunyi dan juga muziknya. Selain itu juga memperkenalkan aspek-aspek kekaguman yang terkandung di dalam Seni Berbari seperti Tok Bari yang dilabel sebagai personaliti istimewa, penggunaan mantera yang berkaitan dengan unsur-unsur shaman dan shamanisme, kostum, set dan prop juga di bincangkan dalam kajian ini. Kesemua elemen-elemen ini di kupas menggunakan pendekatan Teori Dramatik dan pendekatan Teori Ritual. Hasilnya kajian ini berjaya mendedahkan struktur dan fungsi Seni Berbari sebagai satu persembahan tradisional yang berbentuk tradisi lisan. Melalui pendedahan mengenai struktur dan fungsi ini, pengkaji berhasrat memperlihatkan perspektif lain Seni Berbari melalui pentafsiran elemen-elemen kekaguman. Elemen-elemen kekaguman yang terkandung di dalam Seni Berbari ini menjadikan ia sebagai sebuah kesenian tradisional yang istimewa dan unik. Malah keistimewaan Seni Berbari ini dapat di lihat pada komponen-komponen "aspek ritual" yang turut ada dalam stuktur pengajian dan persembahannya. Keunikkannya pula terbukti dengan fungsi dan juga tujuan ia di persembahkan kerana (i) ada ketikanya Seni Berbari ini boleh di lakukan atau di persembahkan secara berasingan tanpa melibatkan apa-apa persembahan sampingan, (ii) ada ketikanya kesenian ini boleh di lakukan atau di persembahkan bersama acaraJaktivitilpersembahan yang mempunyai kaitan dengan perubatan tradisional seperti Main xi Teri, Bageh, Muk Peh dan sebagainya dan (iii) ia juga boleh menjadi satu aktiviti peralihan atau penurunan ilmu daripada Adi Guru (Dalang Tua) terhadap muridnya (Dalang Muda) atau menjadi satu latihan bagi pemain-pemain teater Tradisional seperti Mak Yong atau Menora untuk berlatih memahami penceritaan. Jelas di sini Seni Berbari ini merupakan satu kesenian yang penting dalam perkembangan budaya masyarakat pantai timur. Kajian ini merupakan satu kajian lapangan di Kampung Gong Manok, Besut, Terengganu dan di Kampung La Loh, Kuala Krai, Kelantan. Seni Berbari ini menjadi satu kesenian yang penting dalam perkembangan budaya masyarakat pantai timur terutamanya dalam bidang kesenian, kerana setelah meneliti keseluruhan aktiviti dan kegiatan Seni Berbari maka jelas di dapati kesenian ini menjadi "asas" terhadap penguasaan setiap aktiviti, upacara atau persembahan Main Teri, Bageh, MakYong, Menora dan juga Wayang Kulit.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.