UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF5601 Accounting
Main Author :Nor Fadzlin Jamaluddin
Title :Hubungan Program Pendidikan Perakaunan Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan penghasilan guru efektif
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2013
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan pelaksanaan program akademik terhadap penghasilan guru efektif di Jabatan Perakaunan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Reka bentuk kajian adalah kajian secara tinjauan iaitu data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Jumlah sampel kajian adalah seramai 82 orang guru pelatih daripada Jabatan Perakaunan. Analisis deskriptif digunakan untuk mencari taburan frekuensi bagi faktor-faktor demografi. Analisis kolerasi digunakan untuk menentukan hubungan antara elemen-elemen dalam kurikulum Program Pendidlkan Perakaunan dengan penghasilan guru efektif. Dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara subjek bagi kursus universiti, kursus pendidikan dan kursus major dengan penghasilan guru efektif. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan dalam salah satu ciri guru efektif iaitu jangkaan guru terhadap pelajar bagi subjek kursus pendidikan dan major. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan penghasilan guru efektif. Ini menunjukkan seorang guru pelatih yang mempunyai sikap yang positif terhadap bidang pendidikan dapat menghasilkan guru efektif. Kajian yang lebih menyeluruh dengan sampel yang lebih besar perIu dilaksanakan bagi membantu memantapkan kursus-kursus yang ditawarkan untuk membantu melahirkan guru efektif pada masa depan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.