UPSI Digital Repository (UDRep)

Janaan kerangka model emosi watak protagonis wanita berkeluarga bekerja berdasarkan analisis emosi dalam novel popular dan realiti

AVAILABLE Thesis 1195 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Janaan kerangka model emosi watak protagonis wanita berkeluarga bekerja berdasarkan analisis emosi dalam novel popular dan realiti
Type
Thesis
Main Author
Nur Atiq Syahirah Che Baharudin
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2022
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini membincangkan emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular dengan wanita bekerjaya berkeluarga. Terdapat empat buah novel popular yang menjadi bahan kajian iaitu novel 7 Hari Mencintaiku (Siti Rosmizah), Suri Hati Mr. Pilot (Dila Dyna), Adam dan Hawa (Aisya Sofea) dan Dekatnya Cinta (Aisya Sofea). Keempat-empat novel tersebut dipilih berdasarkan ciri-ciri popular iaitu mendapat permintaan yang tinggi dan telah diadaptasi ke dalam bentuk drama televisyen. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular, merumuskan emosi dan helah bela diri watak protagonis wanita yang terdapat dalam novel popular serta persamaan dan perbezaan dengan wanita dalam kehidupan sebenar. Akhirnya menjana model emosi wanita bekerjaya berkeluarga. Kajian ini menggunakan Teori Gabungan (Nordiana Hamzah), Teori Psikoanalisis (Sigmund Freud) dan Teori Rasa Fenomenologi (Sohaimi Abdul Aziz). Ketiga-tiga teori tersebut merupakan pegangan dalam menganalisis emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengenal emosi dan helah bela diri wanita berkeluarga bekerjaya secara realiti. Hasil dapatan daripada pembinaan jadual emosi, kajian ini mendapati terdapat 12 jenis emosi watak protagonis wanita dalam novel popular. Antaranya ialah emosi kasih, emosi malu, emosi riang, emosi sedih, emosi takut, emosi hairan, emosi marah, emosi jijik, emosi tenaga, emosi dendam, emosi dengki, dan emosi simpati. Namun, hanya sembilan emosi sahaja yang selari dengan emosi wanita bekerjaya berkeluarga masa ini. Helah bela diri watak protagonis wanita dalam novel pula terdapat 10 jenis. Antara helah bela diri tersebut ialah, sublimasi, rasionalisasi, projeksi, introjeksi, pembentukan reaksi, fantasi, represi, penafian, agresi dan regresi. Namun, hanya satu HBD (helah bela diri) sahaja yang berada paling hampir dengan wanita realiti, dua HBD yang berada di gelung kedua, lima HBD di gelung ketiga, dua HBD yang berada di gelung keempat dan dua HBD yang berada di gelung terakhir. Hal ini menunjukkan bahawa semakin jauh gelung daripada bulatan HBD, semakin kurang persamaan HBD yang diambil oleh wanita bekerjaya berkeluarga dalam realiti. Kesemua dapatan tersebut merupakan bahan kajian utama dalam pembentukan model emosi dan helah bela diri wanita bekerjaya berkeluarga.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.