Keperluan penggunaan internet dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di STAI Gajah Putih Takengon, Aceh, Indonesia
Type
Thesis
Main Author
Zakaria,Rahmanita
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2010
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana keperluan penggunaan internet dalam
pembelajaran bahasa lnggeris di Sekolah Tinggi Agama Islam (ST Al) Gajah Putih Takengon.
Bagi mencapai objektifkajian ini seramai 92 orang pelajar semester 7 jurusan bahasa lnggeris
telah digunakan sebagai sampel dalam kajian ini. Kaedah soal selidik yang menggunakan
skala likert telah digunakan dan terdapat 15 item soal selidik diedarkan kepada responden
yang dipilih secara rawak. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi mencari
kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa
(a) keperluan penggu!laan internet dalam pembelajaran bahasa lnggeris di ST Al Gajah Putih
adalah tinggi, (b) faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan internet dalam pembelajaran
yang meliputi segi kemahiran, sarana yang tersedia dan finansial berada di tahap rendah. dan
(c) tahap kesediaan serta minat pelajar terhadap penggunaan internet dalam pembelajaran
bahasa lnggeris adalah tinggi.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.