UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk melihat apak.ah corak orientasi matlamat dan motif penglibatan pemain
serta perkaitan antara orientasi matlamat dengan motif penglibatan pemain sofbol yang menyertai
Kejohanan Sofbol MSSM Gabungan Kuching 2007. Kajian ini di jalankan untuk menyelesaikan empat
persoalan. (a) Apak.ah corak. orientasi matlamat pemain sofbol? (b) Apakah motif penglibatan yang
paling utama? (c) Apakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam orientasi matlamat mengikut umur,
jantina, pengalaman dan tahap penglibatan sampel kajian? (d) Apakah terdapat perhubungan yang
signifikan di antara motif penglibatan dengan corak. orentasi matlamat?
Setelah analisis dibuat dengan menggunakkan ujian t tidak bersand.ar didapatikeseluruhan
pemain sofbol mempunyai orientasi ego yang lebih tinggi berbanding dengan orientasi tugasan.
Namun pemain yang lebih berpengalaman menunjukkan orientasi tugasan dan orientasi ego yang agak
seimbang. Berdasarkan jantina didapati orientasi ego pemain sofbol bawah 15 tahun lebih tinggi
dari pemain bawah 18 tahun dan mempunyai orientasi tugasan yang lebih rendah berbanding pemain
bawah 18 tahun. Ujian yang dijalankan ke atas motif penglibatan pemain sofbol didapati motif yang
paling penting ialah semangat berpasukan, kedua perkembangan kemahiran, ketiga kecegasan fizikal
dan seterusnya keseronokkan, persahabatan, pengaruh, pmbebasan tenaga dan pencapaian atau
status. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pilihan sesuatu motif di kalangan pemain
sofbol. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan antara orientasi
matlamat ego dan tugasan dengan motif penglibatan, namun umumnya adalah rendah. Hanya motif
penglibatan jenis perkembangan kemahiran yang menunjukkan perhubungan yang sederhana dengan
orientasi ego. Manakala motif penglibatan jenis pembebasan tenaga pula menunjukkan perhubungan yang
sangat lemah dengan orientasi matlamat ego dan menunjukkan
terdapat perhubungan yang lemah secara negatif dengan orientasi tugasan
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |