Perkaitan antara sikap pelajar terhadap pencapaian akademik dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris
Type
Thesis
Main Author
Abd Razak Jusoh
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2011
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini dibuat bagi mengetahui hubungan perkaitan di antara sikap dan
pencapaian pelajar terhadap pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Kajian
dijalankan menggunakan kaedah soal-selidik, kepustakaan, perbincangan dengan
pensyarah dan guru-guru Sains. Satu set soalan soal selidik telah disediakan untuk
mengumpul dan meninjau pandangan dan pendapat pelajar tentang pelaksanaan
pengajaran Sains menggunakan Bahasa Inggeris. Huraian keputusan kajian ini pada
keseluruhannya dibuat secara statistik deskriptif dengan menggunakan jadual
frekuensi dan peratusan. Pengkaji juga menggunakan Crosstab dan Ujian Khi
Kuasadua untuk melihat perhubungan yang signifikan antara dua variabel.
Min dan Standard Deviation digunakan untuk melihat masalah pelajar
mempelajari Sains menggunakan Bahasa Inggeris. Hasil kajian mendapati majoriti
pelajar menunjukkan sikap yang negatif terhadap pengajaran Sains menggunakan
Bahasa Inggeris. Pelajar menunjukkan sikap yang negatif terhadap pengajaran guru
dan kurang menunjukkan minat dan kesungguhan dalam mempelajari mata
pelajaran Sains. Selain itu mereka juga bersikap negatifterhadap kepentingan Sains
dari segi pendidikan, Sains dan teknologi. Kebanyakan pelajar yang dikaji
mendapati mereka merasakan situasi pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris
agak ‘membebankan’,‘menyukarkan’ serta ‘mengelirukan’.
Mereka juga merasa bosan kerana kurang mendapat keijasama daripada
rakan-rakan dan guru Sains. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang
signifikan antara sikap dan pencapaian pelajar.Selain daripada itu, pelajar juga
menghadapi masalah dalam pembelajaran iaitu masalah pertuturan dan masalah
memahami buku teks Sains yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Dapatan kajian
juga mendapati pelajar menghadapi masalah dalam membuat latihan di mana mereka
tidak mampu untuk menyiapkannya dengan betul jika tidak mendapat bantuan dan
jika tidak dapat meniru kawan. Ini menunjukkan pelajar kurang berminat terhadap
mata pelajaran Sains kerana mereka sukar memahami isi pelajaran kerana ianya diajar
menggunakan Bahasa Inggeris walaupun mereka sedar akan kepentingannya untuk
masa depan
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.