UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara status sosioekonomi keluarga dengan ponteng di
samping melihat tahap status sosioekonomi keluarga dan tahap ponteng. Kajian ini melibatkan seramai
169 orang pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Hilir, daerah Padawan
Kuching, Sarawak. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian yang mengandungi tiga bahagian iaitu latar belakang responden, status
sosioekonomi dan ponteng. Data diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian 'Statistical
Packages for the Social Science' (SPSS) versi 21.0. Data kajian dianalisis dengan menggunakan
Ujian-t, ANOVA Sehala, dan Korelasi Pearson. Kajian ini mendapati bahawa tiada hubungan yang
signifikan antara status sosioekonomi keluarga dengan ponteng. Dapatan kajian juga menunjukkan
tahap sosioekonomi keluarga secara keseluruhan adalah rendah manakalah tahap ponteng adalah berada
pada tahap sederhana.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |