UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan latihan memanaskan badan terhadap kepantasan berlari 30 meter

AVAILABLE Thesis 715 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan latihan memanaskan badan terhadap kepantasan berlari 30 meter
Type
Thesis
Main Author
Juno Soaibah@Juno Suaiba
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan latihan memanaskan badan terhadap kepantasan berlari dalam jarak 30 meter. Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar yang berumur lima belas tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah Sandakan Sabah.Subjek dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Tanpa Melakukan Latihan Memanaskan Badan, Kumpulan Memanaskan Badan 5 Minit dan Kumpulan Memanaskan Badan 10 Minit. Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen. Pengiraan nilai min dan sisihan lazim dibuat secara deskriptif dengan menggunakan program Statistical Packages For The Social Sciences ( SPSS ). Analisis varian atau Anova sehala digunakan untuk membandingkan skor min bagi tiga kumpulan tersebut. Ujian Anova Sehala juga dijalankan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian skor ujian lari pecut 30 meter di antara kumpulan tanpa memanaskan badan, kumpulan memanaskan badan 5 minit dan kumpulan memanaskan badan 10 minit. Keputusan ujian Anova Sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara Kumpulan Tidak Melakukan Latihan Memanaskan Badan, Kumpulan Memanaskan Badan 5 Minit dan Kumpulan Memanaskan Badan 10 Minit dalam ujian lari pecut 30 meter pada paras p < .05, F ( df 2,18, P = .008 ).

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.