UPSI Digital Repository (UDRep)

Penggunaan laptop di kalangan guru guru mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

AVAILABLE Thesis 805 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Penggunaan laptop di kalangan guru guru mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Type
Thesis
Main Author
Mohd Zamhari Mohd Salleh
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2005
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui secara statistikal penggunaan komputer laptop di kalangan guru-guru yang dibekalkan dengan peralatan tersebut dalam mengajar subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris dan hubungannya dengan minat, pengalaman, kecekapan, kemahiran, latihan, serta kesannya ke atas prestasi pencapaian pelajar dalam subjek yang berkenaan. Sampel untuk kajian ini terdiri daripada 10 orang guru yang merupakan kumpulan pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun, Perak yang telah dibekalkan dengan komputer laptop oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan borang soal selidik yang mengandungi 36 item. Item-item dalam soal selidik ini merangkumi soalan-soalan mengenai aspek latar belakang guru sebagai responden, minat, pengalaman, kemahiran, kebolehan, sikap, tabiat penggunaan, kesesuaian latihan serta pengharapan dan pendapat mereka terhadap penggunaan komputer laptop dalam pengajaran. Data yang telah dikumpul oleh penyelidik dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package for Social Science (SPSS), version 11.0 for Windows. Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk mentafsir data daripada soal seiidik. Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran mengenai tahap minat, kecekapan, kemahiran, kesesuaian latihan dan pengetahuan guru terhadap penggunaan laptop dalam proses pengajaran mereka dan seterusnya dalam meningkatkan tahap prestasi pelajar dalam subjek yang berkenaan. Ini sekaligus boleh menjadi kayu ukur kepada pihak pentadbir untuk menentukan program-program yang sesuai yang perlu diatur bagi memperbaiki segala kelemahan dan masalah yang mungkin wujud, terutamanya di peringkat guru yang mengendalikan komputer laptop atau melakukan penambahbaikan yang menjurus kepada peningkatan tahap pencapaian pelajar dalam akademik melalui penggunaan komputer laptop ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pembolehubah pengalaman menggunakan komputer peribadi dengan kecekapan mengendalikan komputer laptop, di antara berminat menggunakan komputer laptop dengan kecekapan menggunakan komputer laptop dan di antara latihan yang sesuai dan mencukupi dengan peningkatan pencapaian pelajaran pelajar.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.