UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Objektif kajian adalah untuk mencari hubungan kelajuan, ketangkasan
dengan mengelecek (mengawal) bola hoki. Prosedur kajian, sampel terdiri dari 18 orang
pelajar bawah 14 tahun lelaki, yang terpilih untuk mewakili MSSM Gabungan Keningau,
kekojohanan hoki MSS Sabah . Sebelum ujian di jalankan mereka telah pun menjalani
latihan pusat selama tiga minggu . Subjek melakukan pemanasan badan dahulu selama
5-10 minit. Setiap ujian diberi percubaan sebanyak dua kali dan percubaan yang terbaik
diambil kira. Bateri ujian kelajuan, lari pecut 30 meter, ketangkasan lari ulang alik 30
kaki (lOmeter) dan mengelecek( mengawal ) bola hoki dalam jarak 45 kaki. Dapatan,
hasil kajian terdapat hubungan yang sederhana, positif, dan signifiken antara kelajuan
dengan mengelecek bola hoki iaitu (r = . 496*). Hubungan antara kedua pemboleh ubah
tersebut adalah signifikan (r = .496,* n = 18, p = 0.036, p < 0.05). Ketangkasan dengan
mengelecek(mengawal) bola hoki. Terdapat hubungan yang positif dan sederhana (r =
.471*). Hubungan antara kedua pemboleh ubah tersebut adalah signifikan (r = .471,* n
= 18, p = 0.048, p < 0.05). Ini bermakna ketangkasan dan kelajuan mempengaruhi
prestasi mengelecek bola hoki. Perbincangan, kedua-dua pemboleh ubah kelajuan dan
ketangkasan mempengaruhi prestasi mengelecek (mengawal) bola hoki tetapi tidak
seratus peratus . Berdasarkan kajian dan apa yang dilihat penguasaan kemahiran juga
mempengarusi prestasi mengelecek bola hoki. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |