UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Alta Abang Katum
Title :Perkaitan kuasa otot kaki dan kepantasan pemain bola sepak lelaki bawah 18 tahun bahagian Sri Aman, Sarawak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat perkaitan kuasa otot kaki dan kepantasan pemain bola sepak lelaki bawah 18 tahun bahagian Sri Aman, Sarawak. Pemain bola sepak periu memiliki kecergasan yang tinggi bagi kuasa otot kaki dan kepantasan .Kajian ini mengamalkan kaedah persampelan ‘purposive\ ini kerana sampel kajian adalah terdiri daripada pemain bola sepak yang terpilih melalui pertandingan peringkat sekolah dan daerah. Seramai 20 orang pemain bola sepak lelaki pasukan bola sepak Bahagian Sri Aman yang mengikuti latihan pusat di Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu menjadi subjek kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan dijalankan dalam bentuk Ex-post Facto. Instrumen kajian yang digunakan adalah Ujian Lompat jauh Berdiri untuk mengukur kuasa otot kaki pemain dan Ujian Lari Pecut 30 meter untuk mengukur kepantasan pemain.Instrumen kajian ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi . Kesahan bagi Ujian Lompat Jauh Berdiri r=0.607 ( Johnson & Nelson, 1986 ), kebolehpercayaan pula i=0.963 ( Johnson & Nelson, 1986 ). Ujian Lari Pecut 30 meter , nilai kesahan r=0.81 ( Ahmad Hashim,2003) dan kebolehpercayaan r=0.93 ( Ahmad Hashim, 2003).Data kajian dianalisis menggunakan SPSS For Window versi 11.0 untuk memperolehi kekerapan, min, sisihan piawai dan juga pekali kolerasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan sederhana yang signifikan di kuasa otot kaki dan kepantasan pemain bola sepak lelaki pasukan Bahagian Sri Aman. Kajian ini menunjukkan perkaitan yang signifikan di antara kuasa otot kaki dan Ujian Lompat Jauh Berdiri ( r=.2O, n=20, p=0.000, p>0.05 ), kepantasan dan Lari Pecut 30 meter ( r= .05, n=20, p=0.000, p>0.05 ). Ujian t sampel berpasangan digunakan bagi melihat nilai t . Nilai t bagi t kritikal -2.09 pada tahap keertian p=0.05 dan nilai t perolehan -.028 berada di kawasan penolakan hipotesis. Kajian ini menunjukkan terdapat perkaitan signifikan di antara kuasa otot kaki dan kepantasan pemain bola sepak lelaki .Berdasarkan dapatan kajian jelas hipotesis nol ditolak kerana terdapat perkaitan kuasa dan kepantasan pemain bola sepak pasukan Bahagian Sri Aman. Ini menunjukkan tahap kecergasan ini penting bagi pemain bola sepak
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)