UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Indhran Anandan
Title :Mitos agama Kristian dalam sajak moden A.S. Francis
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2019
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti serta menganalisis tujuan penggunaan mitos agama Kristian dalam sajak moden A.S. Francis dan membandingkannya dengan ayat-ayat suci Al-Injil. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis kandungan serta teori mitos yang dicetuskan oleh Roland Barthes dalam enam buah kumpulan sajak moden A.S. Francis. Pola perbincangan kajian ini tertumpu kepada mitos agama Kristian berunsur sejarah dan peristiwa. Dapatan kajian menunjukkan daripada 226 buah sajak moden yang dikaji sejumlah 57 (25.2%) sajak moden sahaja mencerminkan mitos agama Kristian. Daripada 57 sajak moden tersebut, 39 (68.4%) sajak moden menggambarkan mitos sejarah dan 18 (31.6%) sajak moden menggambarkan mitos peristiwa. Mitos agama Kristian tersebut digunakan untuk memenuhi 36 tujuan. Daripada 36 tujuan tersebut 12  (33.3%) tujuan penggunaan adalah untuk mitos berunsur sejarah dan 24 (66.7%) tujuan penggunaan adalah untuk mitos berunsur peristiwa. Selain itu, mitos agama Kristian berunsur sejarah dan peristiwa yang digambarkan dalam sajak moden A.S.Francis 100% padan dengan ayat-ayat suci Al-Injil. Kesimpulannya, sajak moden A.S. Francis dikarang dengan menggunakan mitos agama kristian yang terdapat dalam ayat-ayat suci Al-Injil. Implikasinya, mitos agama kristian yang terdapat dalam ayat-ayat suci Al-Injil boleh dijadikan panduan dalam menghasilkan karya-karya sastera terutamanya sajak moden. 
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.