Mitos agama Kristian dalam sajak moden A.S. Francis
Type
Thesis
Main Author
Indhran Anandan
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
tam
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2019
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti serta menganalisis tujuan penggunaan mitos agama Kristian dalam sajak moden A.S. Francis dan membandingkannya dengan ayat-ayat suci Al-Injil. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis kandungan serta teori mitos yang dicetuskan oleh Roland Barthes dalam enam buah kumpulan sajak moden A.S. Francis. Pola perbincangan kajian ini tertumpu kepada mitos agama Kristian berunsur sejarah dan peristiwa. Dapatan kajian menunjukkan daripada 226 buah sajak moden yang dikaji sejumlah 57 (25.2%) sajak moden sahaja mencerminkan mitos agama Kristian. Daripada 57 sajak moden tersebut, 39 (68.4%) sajak moden menggambarkan mitos sejarah dan 18 (31.6%) sajak moden menggambarkan mitos peristiwa. Mitos agama Kristian tersebut digunakan untuk memenuhi 36 tujuan. Daripada 36 tujuan tersebut 12 (33.3%) tujuan penggunaan adalah untuk mitos berunsur sejarah dan 24 (66.7%) tujuan penggunaan adalah untuk mitos berunsur peristiwa. Selain itu, mitos agama Kristian berunsur sejarah dan peristiwa yang digambarkan dalam sajak moden A.S.Francis 100% padan dengan ayat-ayat suci Al-Injil. Kesimpulannya, sajak moden A.S. Francis dikarang dengan menggunakan mitos agama kristian yang terdapat dalam ayat-ayat suci Al-Injil. Implikasinya, mitos agama kristian yang terdapat dalam ayat-ayat suci Al-Injil boleh dijadikan panduan dalam menghasilkan karya-karya sastera terutamanya sajak moden.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.