UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Candrawati Ibrahim
Title :Tahap ketangkasan pemain badminton dalam Program Pembangunan Sukan Teras di bawah Persatuan Badminton Sarawak (SBA) dan Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak (PBBS)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini adalah menentukan keberkesanan Program Pembangunan Sukan Teras yang dijalankan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM), Negeri Sarawak yang berpusat di Persatuan Badminton Sarawak (SBA) dan Persatuan Badminton Bumiputera Sarawak (PBBS). Selain itu, kajian ini juga untuk mengenalpasti tahap ketangkasan umum pemain badminton lelaki di bawah Program Pembangunan Sukan Teras Sarawak yang dijalankan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) di Negeri Sarawak berdasarkan kumpulan etnik, tinggi dan berat pemain. Pengkaji menggunakan Ujian Lompat Kuadran (Johnson & Nelson,1986), Ujian Lari Ulang Alik 30 Kaki (AAHPERD, 1976) dan Ujian Ketangkasan SEMO (Kirby, 1971 ). Sampel yang digunakan adalah seramai 60 orang pemain badminton iaitu 40 orang pemain di bawah Program Pembangunan Sukan Teras iaitu pemain SBA seramai 20 orang (SBA=20) dan pemain PBBS juga seramai 20 orang (PBBS=20) serta 20 orang dari SMK Penrissen No. I. Kategori urnur sampel terdiri daripada 20 orang di bawah 12 tahun dan 40 orang pemain berumur dari 13 tahun hingga 18 tahun. Dapatan kajian ini menunjukkan ketiga-tiga ujian ketangkasan dikuasai oleh pemain SBA. Selain itu, pemain bumiputera telah menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa sampel dalam kategori tinggi dari 145-150 cm dan berat badan yang paling ringan iaitu dari 30-40 kg adalah paling tangkas dan cergas. Berdasarkan dapatan kajian juga terbukti bahawa program yang berkesan dan saintifik amat penting bagi meningkatkan prestasi pemain-pemain badminton. Dapatan ini merumuskan yang Program Pembangunan Sukan Teras sangat sesuai digunakan untuk meningkatkan tahap ketangkasan pemain badminton sekaligus untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pertandingan. Keputusan uj ian anova bagi ketiga-tiga komponen kecegasan ialah Lompat Kuadran nilai P= 0.025, lari ulang alik 30 kaki ialah P= 0.966 dan SEMO pula ialah P= 0.613. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan meningkat antara ujian pra dan pos bagi Lompat Kuadran dan tidak terdapat perbezaan meningkat bagi Lari Ulang Alik 30 Kaki dan SEMO. 
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)