UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Zahidah Zainaripin
Title :Perbandingan kesan antara Quizizz dan Google Form terhadap pencapaian imbuhan apitan Bahasa Melayu murid Cina tingkatan dua
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2023
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengkaji perbandingan kesan antara Quizizz dan Google Form terhadap pencapaian imbuhan apitan Bahasa Melayu murid Cina tingkatan dua. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen kuasi digunakan dalam kajian ini. Seramai 31 orang murid Cina tingkatan dua di sebuah sekolah menengah dalam daerah Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilibatkan sebagai sampel kajian. Kajian ini diukur dengan menggunakan kertas praujian dan pascaujian untuk mengenal pasti tahap pencapaian imbuhan apitan Bahasa Melayu murid Cina tingkatan dua. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Quizizz seramai 15 orang murid dan kumpulan Google Form seramai 16 orang murid. Kumpulan Quizizz diajar menggunakan Quizizz manakala kumpulan Google Form diajar menggunakan Google Form. Pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua kumpulan kajian dijalankan selama empat minggu. Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis desriptif merangkumi peratusan, min dan sisihan piawai manakala analisis inferensi pula melibatkan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dari segi pencapaian imbuhan apitan bagi kumpulan Quizizz dan kumpulan Google Form dalam praujian (t=0.909). Dapatan kajian dalam praujian dan pascaujian bagi kumpulan Google Form dan kumpulan Quizizz masing-masing menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan iaitu (t=-5.803) bagi kumpulan Google Form dan (t=-3.991) bagi kumpulan Quizizz. Dapatan kajian dalam pascaujian bagi kumpulan Quizizz dan kumpulan Google Form dari segi pencapaian imbuhan apitan pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan (t=0.711). Kesimpulannya, pendekatan pembelajaran berasaskan permainan atau berkonsep gamifikasi dapat meningkatkan pencapaian imbuhan apitan Bahasa Melayu murid Cina. Implikasi kajian ini dapat membuktikan bahawa penggunaan Quizizz dan Google Form adalah sesuai dan berupaya meningkatkan pencapaian imbuhan apitan Bahasa Melayu murid Cina secara signifikan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)