UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap
kebimbangan kognitif, somatik dan keyakinan diri sebelum pertandingan. Responden yang
dipilih ialah pasukan sepak takraw Sahagian Sarikei, Sarawak , 2007 yang telah menyertai
pertandingan Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSSS). Jumlah sampel yang dipilih
adalah seramai 16 lelaki sahaja. Tahap kebimbangan ini diukur menggunakan borang seal selidik
kebimbangan seketika (Competitive State Anxiety Inventory - 2) oleh Martens, Vealey dan Burton
(1990). Kaedah latihan pernafasan dan kata kendiri di pilih sebagai kaedah mengurangkan
kebimbangan. Borang seal selidik diberikan kepada responden dalam tiga peringkat iaitu tiga hari,
tiga jam dan 30 minit sebelum pertandingan. Latihan pernafasan dan kata kendiri diberikan sebelum
latihan dan pertandingan serta sewaktu rehat pertandingan. Hasil kajian menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan bagi kategori kognitif (p=.755),somatik (p=.749) dan keyakinan
diri (p=.547) dalam kalangan pemain. Tahap kebimbangan kognitif dan somatik meningkat apabila
semakin hampir dengan pertandingan tetapi masih berada pada tahap yang sederhana, kerana tahap
keyakinan diri pemain meningkat apabila semakin hampir dengan pertandingan.
Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa pemain mempunyai tahap kebimbangan yang sederhana
serta mempunyai tahap keyakinan yang
agak tinggi dan ini mempengaruhi pencapaian dalam pertandingannya
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |