UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan bimbingan kelompok REBT terhadap resilien dan daya tindak murid aktif sukan bermasalah disiplin

AVAILABLE Thesis 946 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kesan bimbingan kelompok REBT terhadap resilien dan daya tindak murid aktif sukan bermasalah disiplin
Type
Thesis
Main Author
Putri Nurul Asyiqin Megat Azra\'ai
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2020
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian eksperimental ini dijalankan bagi mengukur kesan Kaunseling Kelompok REBT terhadap resilien dan daya tindak murid aktif sukan yang terlibat dengan salah laku disiplin. Seramai 60 subjek (n=60) kajian dipilih secara pensampelan rawak bertujuan (purposive sampling) dan diagihkan secara rawak berpadanan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (30 orang) dan kumpulan kawalan (30 orang). Data kuantitatif ujian pra dan pos dikumpul menggunakan soal selidik Skala Daya Ketahanan (SDK)  dan Inventori Strategi Daya Tindak (SDT) yang mempunyai nilai kesahan 0.741 (SDK) dan 0.769 (SDT) serta nilai kebolehpercayaan 0.65 (SDK) dan 0.86 (SDT). Seterusnya, data  dianalisis secara deskriptif & inferensi melalui ujian statistik  min, Ujian-t, Mancova dan Pos Hoc pada aras signifikan 0.05.  Hasil kajian menunjukkan Modul Kaunseling Kelompok REBT berkesan meningkatkan tahap min Resilien (0.933 kepada 6.506) dan Daya Tindak (0.688 kepada 3.43). Di samping itu, Modul Kaunseling Kelompok REBT didapati berkesan secara signifikan terhadap Resilien melalui analisis Ujian-t Sampel Berpasangan ( t (-8.08) = p .000 < .05) dan Daya Tindak   t -7.920 = p .000 < .05. Selain daripada itu, berdasarkan analisis Pos Hoc hasil kajian juga menunjukkan Modul Kaunseling Kelompok REBT berkesan terhadap kumpulan rawatan berdasarkan gender berbanding kumpulan kawalan terhadap resilien F (44.5) = p (0.005) < 0.05 dan daya tindak F (19.38) = p (0.03) < 0.05. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan kesan rawatan terhadap kumpulan rawatan berdasarkan gender. Secara keseluruhannya, kajian membuktikan modul Kaunseling Kelompok REBT berkesan meningkatkan resilien dan daya tindak  subjek kajian. Di samping itu hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan kesan gender terhadap rawatan. Oleh itu, Modul Kaunseling Kelompok REBT boleh dijadikan sebagai satu cara untuk meningkatkan Resilien dan Daya Tindak remaja bermasalah disiplin dan penggunaannya diperluaskan di sekolah-sekolah lain di seluruh negara.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.