UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk membangun taksonomi vokasional berdasarkan Teknik Delphi. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan taksonomi yang melibatkan tiga fasa berdasarkan model Richey dan Klein. Fasa pertama dalam kajian pembangunan taksonomi ini melibatkan analisis keperluan dan fasa kedua adalah pembangunan taksonomi sementara fasa ketiga merupakan penilaian. Fasa pertama analisis keperluan melibatkan kajian literatur dan temu bual bersama tujuh (7) orang pakar vokasional. Fasa kedua pula melibatkan Teknik Delphi tiga pusingan melibatkan seramai tujuh orang panel pakar dalam bidang vokasional bagi mendapatkan konsensus mengenai elemen-elemen dalam taksonomi vokasional. Pusingan pertama menggunakan instrumen protokol temu bual separa struktur sementara pusingan kedua dan ketiga menggunakan soal selidik. Dapatan temu bual pada pusingan pertama digunakan untuk membentuk item instrumen soal selidik bagi kegunaan sesi pusingan selanjutnya. Fasa ketiga pula adalah fasa penilaian melibatkan kajian tinjauan terhadap 366 tenaga pengajar vokasional di tiga buah institusi latihan vokasional yang berlainan. Data pusingan kedua dan ketiga dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens iaitu min, median dan Julat Antara Kuartil (JAK) serta ANOVA sehala. Dapatan analisis keperluan menunjukkan bahawa kesemua pakar bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk membangunkan taksonomi vokasional kerana kekurangan yang terdapat pada Taksonomi Bloom. Teknik Delphi pusingan pertama mendapati pakar-pakar mencadang dan mengesahkan enam domain utama taksonomi vokasional iaitu pengetahuan vokasional, kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, visualisasi, penyelesaian masalah dan kemahiran inventif. Dalam pusingan kedua dan ketiga, pakar-pakar mencapai konsensus dan kesepakatan yang tinggi berdasarkan Julat Antara Kuartil 0.00 hingga 1.00 (JAK=0.00 1.00). Akhir sekali, fasa penilaian menunjukkan tenaga pengajar vokasional bersetuju terhadap elemen-elemen dalam taksonomi vokasional. Ujian ANOVA sehala pula mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam kalangan tenaga pengajar di tiga buah institusi latihan vokasional bagi domain kemahiran motor kasar [F(2, 363)=6.06, p |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |