UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GN Anthropology
Main Author :Hasimah Abdul Hamid
Title :Pulut Semangat: antara nilai dan kepercayaan: satu kajian kes
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pulut Semangat: Antara Nilai dan Kepercayaan merupakan sebuah penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif bagi mengupas persoalan budaya dan adat masyarakat Melayu dahulu. Penyelidikan ini merupakan satu kajian kes yang dilakukan di Kampung Tanjung Kala iaitu sebuah perkampungan yang terletak di daerah Hulu Perak. Penyelidikan ini melibatkan tiga orang responden yang terdiri daripada mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam adat dan budaya pulut semangat di kawasan kajian. Tujuan penyelidikan ini bagi mengenali budaya lama yang semakin dilupakan dan juga memberi pendedahan kepada generasi muda yang sudah tidak mementingkan adat dalam kehidupan bermasyarakat. Metodologi penyelidikan ini melibatkan kaedah temubual dengan responden, rakaman visual dan melalui pemerhatian. Hasil penyelidikan yang diperoleh hanya menunjukkan amalan yang dilakukan di kawasan kajian dan jika terdapat persamaan, ia merupakan kesan daripada sifat budaya yang saling pengaruh mempengaruhi. Budaya pulut semangat merupakan budaya yang di dalamnya terkandung nilai dan kepercayaan di sebalik pantang larang dalam penyediaan dan gubahannya. Justeru itu setiap perlakuan pengamal budaya pulut semangat ini mempunyai siratan makna bermula daripada penyediaan bahan hinggalah adat memakannya. Namun begitu, akibat perubahan budaya masyarakat Melayu yang dikesan melalui sistem nilai dan estetika, sistem pendidikan, sistem politik dan ekonomi, teknologi serta persekitaran maka budaya pulut semangat sudah tidak mendapat tempat lagi dalam masyarakat kini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)