UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Irwan Isdup
Title :Tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan bagi pelajar lelaki dan perempuan Institut Perguruan Tawau
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui tahap kecergasan pelajar Institut Perguruan Tawau Sabah yang belajar sepenuh masa di institut perguruan ini. Pelajar ini mewakili pelbagai unit dan opsyen pengajian. Antara unit dan opsyen pengajian yang terdapat di Institut Perguruan Tawau ialah Unit PISMP bagi opsyen Sains, Unit PISMP bagi Unit Matematik, Unit KPLI bagi opsyen Bahasa Inggeris, KPLI bagi opsyen Matematik dan PISMK bagi opsyen Pendidikan Jasmani. Dengan mengetahui tahap kecergasan pelajar ini maka boleh dijadikan panduan untuk para pensyarah Pendidikan Jasmani dan Pensyarah Penasihat Ko-Kurikulum (olahraga dan sukan permainan) merancang dan merangka program bagi meningkatkan kecergasan di samping elemen dan disiplin lain dalarn sukatan pelajaran tersebut. Pengukuran prestasi kecergasan fizikal diperoleh berdasarkan konstruk bateri ujian Prudential FITNESSGRAM, yang terdiri daripada 5 ujian utama iaitu ujian PACER (Multistage Fitness Test), ujian ‘push up’ Ujian ‘Curl Up’, ujian ‘Trunk Lift’, dan ujian Komposisi Badan. Lima ujian tersebut adalah bagi menguji lima komponan utama kecergasan fizikal iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan/kelenturan dan komposisi lemak badan. Skor ujian bagi setiap komponan ujian kecergasan akan dianalisa mengunakan SPSS dan dibandingkan dengar norma kecergasan oleh Barry L. Johnson dan Jack K. Nelson bagi norma ‘PACER’, norma ‘push up’ oleh Prentice, W.E. (1999), norma ‘curl up’ dan ‘trunk Iift’ oleh Baumgartner, T.A & Jackson. A.S. (1982) dan norma Indeks Jisim Badan oleh Jaquier (1987). Norma Kecergasan ini dipilih sebagai perbandingan tahap kecergasan pelajar kerana norma kecergasan tersebut adalah piawai dan telah digunapakai oleh kebanyakan pengkaji sebelum ini. Pencapaian Prestasi Min Ujian Kecergasan pelajar Institut Perguruan Tawau apabila dibandingkan dengan norma ujian yang dilakukan menunjukkan pelajar lelaki bagi komponan daya tahan kardiovaskular, berada pada min 30.88 dan pelajar perempuan pada min 21.72 iaitu tahap ‘Lemah’ bagi lelaki dan ‘Sangat Lemah’ bagi perempuan. Dapatan ini menunjukkan pelajar lelaki mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik daripada pelajar perempuan. Bagi Komponan kekuatan otot yang diuji melalui ujian ‘push up’ pelajar lelaki mendapat min 22.50 iaitu pada tahap lemah, manakala pelajar perempuan berada pada min 14.54 iaitu pada tahap sederhana. Ini menunjukkan pelajar perempuan mempunyai kekuatan otot yang baik daripada pelajar lelaki. Ujian ‘curl up’ menunjukkan daya tahan otot pelajar lelaki juga berada pada tahap lemah iaitu min 28.54 manakala pelajar perempuan juga berada pada tahap lemah iaitu min 21.40. ini menunjukkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai daya tahan otot yang hampir sama. Bagi Ujian ‘trunk lift’ menunjukkan kelenturan pelajar lelaki dan perempuan berada pada tahap ‘Permulaan’ (beginner) dengan masing-masing mendapat min 27.26 dan 30.22. Cuma komposisi badan sahaja berada di tahap ideal bagi pelajar lelaki dan perempuan iaitu min 21.04 dan 21.26.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)