UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF Commerce
Main Author :Azlan Lin
Title :Punca-punca tekanan kerja dalam kalangan Guru Besar di daerah Batang Padang dan Hilir Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2011
Notes :with CD
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau punca-punca tekanan kerja guru besar di daerah Batang Padang dan Hilir Perak yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.  Selain itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca-punca tekanan kerja guru besar, mengenal pasti tahap tekanan kerja dalam kalangan guru besar di kawasan kajian serta meninjau perbezaan tekanan kerja dengan pembolehubah daerah, lokasi, jenis sekolah, sesi sekolah, gred sekolah, jantina, umur, pengalaman, enrolmen guru, enrolmen pelajar dan enrolmen staf.  Pengujian punca tekanan menggunakan alat ukur ‘Administrative Stress Index’ (ASI). Dapatan menunjukkan tekanan kerja di daerah Batang Padang dan Hilir Perak pada tahap sederhana dan punca utama tekanan guru besar di kedua-dua daerah ialah ‘harapan tinggi pihak atasan. Sebanyak 96 (100%) soal selidik dari daerah Batang Padang dan 110 (97.3%) dari daerah Hilir Perak telah dikembalikan kepada pengkaji. Statistik deskriptif  digunakan untuk mengukur tahap tekanan pekerjaan dan punca-punca tekanan pekerjaan manakala analisis inferens (univariate dan korelasi [Pearson])  digunakan untuk mengenalpasti pengaruh pembolehubah-pembolehubah demografi diri dan latar belakang sekolah terhadap tekanan pekerjaan.  Dapatan kajian menunjukkan (1) tidak wujudnya perbezaan signifikan antara tekanan pekerjaan dengan pemboleh ubah daerah, lokasi, jenis, sesi, dan gred sekolah; (2) tidak wujudnya perbezaan tekanan pekerjaan dengan pembolehubah umur, jantina dan pengalaman; (3) tidak wujudnya hubungan antara tekanan pekerjaan dengan enrolmen pelajar; dan (4) tidak wujudnya hubungan antara tekanan pekerjaan dengan enrolmen guru dan staf.  Kajian ini turut mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah-langkah drastik bagi membantu guru besar mengatasi tekanan mereka.  Namun, guru besar juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk mengatasi tekanan kerja yang dihadapinya supaya tidak terdedah kepada kesan negatif tekanan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.