UPSI Digital Repository (UDRep)

Sistem perakaunan berkomputer UIMS/FIS dalam pengurusan kewangan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

AVAILABLE Thesis 789 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Sistem perakaunan berkomputer UIMS/FIS dalam pengurusan kewangan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
Type
Thesis
Main Author
Sayed Muhd Arif Sayed Yahya
Subject
HF5601 Accounting
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2010
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menerangkan tahap penggunaan modul sistem perakaunan berkomputer UPSI Integrated Management System / Financial Information System (UIMS/FIS) dan menjelaskan tahap penerimaan terhadap sistem ini oleh staf Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan UPSI. Kajian ini juga menentukan hubungan yang signifikan di antara penggunaan modul UIMS/FIS dengan penerimaan sistem UIMS/FIS oleh staf UPSI. Selain itu, kajian ini juga menentukan wujudnya perbezaan yang signifikan di antara faktor demografi staf dengan penggunaan modul UIMS/FIS dan penerimaan sistem UIMS/FIS. Faktor-faktor demografi staf adalah seperti jantina, umur, gred jawatan, pusat tanggungjawab, pengalaman kerja, minat komputer, kekerapan latihan dan penggunaan sistem lain sebelum ini. Modul-modul yang diuji dalam sistem ini adalah modul bajet, modul pesanan belian, modul pembayaran, modul panjar wang runcit, modul resit tunai, modul aset dan inventori dan laporan-laporan kewangan. Ujian dijalankan menggunakan Ujian-t, Ujian-F dan Ujian Korelasi Pearson. Kajian ini mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan modul UIMS/FIS oleh faktor minat komputer, kekerapan latihan dan penggunaan sistem lain sebelum ini. Kajian ini juga mendapati tiada perbezaan yang signifikan terhadap penerimaan sistem UIMS/FIS oleh semua faktor demografi yang dipilih. Kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sangat signifikan di antara penggunaan modul UIMS/FIS dengan penerimaan sistem UIMS/FIS oleh staf UPSI. Secara keseluruhannya, keputusan kajian ini menyokong semua hipotesis yang berkaitan dengan perhubungan di antara penggunaan modul UIMS/FIS dengan penerimaan sistem UIMS/FIS oleh staf UPSI.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.