UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan di antara tahap pengetahuan pemikiran kritis dengan tahap amalan pengajaran pemikiran kritis. Responden kajian ini terdiri daripada 60 pensyarah perakaunan kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan secara kuantitatif. Soal selidik 40 item dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian I (16 item -tahap pengetahuan pemikiran kritis), Bahagian II (19 item -amalan pengajaran pemikiran kritis) dan Bahagian III (5 item – demografi). Analisis deskriptif (frekuensi, peratusan dan min) dan statistik inferens (Ujian-t, ANOVA dan Korelasi Pearson) telah digunakan untuk mencari maklumat berkaitan hubungan di antara pembolehubah bersandar (tahap pengetahuan dengan tahap amalan pengajaran pemikiran kritis) serta dengan pembolehubah bebas (demografi). Dapatan kajian telah membuktikan terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dengan amalan pengajaran pemikiran kritis. Kajian juga telah mendapati kursus berkaitan pemikiran kritis memberi kesan kepada tahap pengetahuan pemikiran kritis. Hasil dapatan kajian ini bakal memberikan maklumat empirikal bagi penambahbaikan peluang latihan pensyarah dan kurikulum matapelajaran Perakaunan. Kajian ini terhad kepada pensyarah matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja, oleh itu penglibatan sampel yang lebih besar bagi kajian akan datang bakal memberi maklumat yang lebih baik dan tepat. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |