UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF5601 Accounting
Main Author :Ruzita Ab Halim
Title :Keberkesanan kaedah kes dalam subjek Prinsip Perakaunan terhadap pembangunan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2011
Notes :with CD
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian eksperimen ini telah menguji keberkesanan kaedah kes terhadap pembangunan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar dalam subjek Prinsip Perakaunan. Kompetensi yang dikaji ialah kompetensi penyelesaian masalah, komunikasi, kepimpinan dan kerja kumpulan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membandingkan kaedah kes dengan pengajaran tradisional dengan melihat kesan kedua-dua kaedah terhadap pembangunan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen dan melibatkan 61 orang pelajar. Tempoh masa kajian adalah lapan minggu. Data dikutip menggunakan borang soal selidik dan ujian prestasi. Data dianalisis menggunakan ujian-t dan analisis ujian kovarians (ANCOVA). Dapatan kajian menunjukkan pencapaian prestasi dan pembangunan kompetensi iaitu penyelesaian masalah dan komunikasi pelajar kumpulan kaedah kes lebih tinggi dan signifikan berbanding pelajar kumpulan pengajaran tradisional. Secara keseluruhannya, kebanyakan pelajar kumpulan kaedah kes menerima baik pelaksanaan kaedah ini. Implikasi dapatan kajian ini ialah kaedah kes wajar digunakan sebagai satu kaedah P&P di dalam pendidikan Perakaunan bagi membangunkan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)