UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Nurulakmal Abdul Wahid
Title :Ruang dan memori dalam koreografi - Kajian terhadap karya tari site-specific oleh koreografer terpilih di Malaysia
Place of Production :Tanjong Malim
Year of Publication :2021
Notes :With cd
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Fenomena persembahan site-specific di Malaysia semakin berkembang melalui anjuran program dan festival-festival seni. Pelbagai pemahaman istilah persembahan site-specific difahami yang dapat dilihat menerusi karya-karya yang dipersembahkan. Namun, dalam konteks yang lebih global, site-specific lebih tertumpu kepada lokasi khusus bagi sesebuah persembahan. Perbezaan pemahaman ini telah menyumbang kepada konsep koreografi dalam persembahan site-specific. Kelonggaran dalam pemahaman menstrukturkan persembahan sitespecific telah memberikan kesan terhadap kualiti karya dan koreografi. Kajian ini mendukung objektif terhadap pemahaman istilah site-specific serta mengklasifikasikan perhubungan ruang dan memori dalam konteks koreografi sitespecific. Tujuannya adalah untuk menganalisis penggunaan ruang dan memori dalam proses koreografi site-specific. Kajian ini turut memfokuskan perhubungan ruang dan memori sebagai elemen utama bagi membentuk koreografi melalui proses eksplorasi terhadap sesebuah lokasi. Penerokaan dalam proses koreografi ini melibatkan 12 karya tari yang dihasilkan pada tahun 2009 sehingga 2018 oleh enam orang koreografer tempatan. Pendekatan kaedah kualitatif diguna pakai dengan melibatkan proses pengumpulan data melalui protokol temu bual dan kajian lapangan. Analisis hasil kajian dilakukan dengan pendekatan Stage of Perfomance Work oleh Hunter (2005) dan Memori Input-Output oleh Herman Ebbinghaus (1962) dan diangkat oleh Baddeley (1997). Hasil kajian ini menyumbang kepada penstrukturan khusus terhadap koreografi site-specific di Malaysia yang melibatkan pembentukan model proses koreografi sebagai panduan dalam proses persembahan, pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi serta di peringkat sekolah seni Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.