UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HC Economic History and Conditions
Main Author :Sasitharan Manokaran
Title :Hubungan keseimbangan perdagangan antara Malaysia dan China serta kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2012
Notes :With cd
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan menganalisis hubungan keseimbangan perdagangan di antara Malaysia dan China serta kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kajian ini menggunakan data suku tahunan dari suku pertama 1999 hingga suku keempat 2011 yang diambil dari sumber-sumber yang berautoriti. Menggunakan kaedah penganggaran Vektor Autoregrasi (VAR) yang piawai, kajian ini mengaplikasikan ujian integrasi, ujian ko-integrasi, dan ujian penyebab Granger dalam bentuk Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM). Pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada jumlah Keluaran dalam Negara Kasar benar Malaysia (KDNKm), jumlah eksport benar Malaysia ke China (EXm), jumlah import benar Malaysia dari China (IMm) dan jumlah Keluaran dalam Negara Kasar benar China (KDNKc). Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan keseimbangan jangka panjang di antara pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan jumlah eksport benar Malaysia ke China (EXm), jumlah import benar Malaysia dari China (IMm), dan juga jumlah Keluaran dalam Negara Kasar benar China (KDNKc). Dari aspek hubungan penyebab Granger jangka pendek pula di dapati pertumbuhan ekonomi Malaysia dan pertumbuhan jumlah import Malaysia dari China adalah dipengaruhi oleh pertumbuhan dalam ekonomi negara China. Di samping itu, pertumbuhan jumlah eksport Malaysia ke China hanya dipengaruhi oleh pertumbuhan dalam ekonomi Malaysia dan ini menyokong hipotesis eksport berpuncakan pertumbuhan (GLE).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.