Faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuan perniagaan koperasi sekolah di Tawau, Sabah
Type
Thesis
Main Author
Samsu Ewang
Subject
HD Industries. Land use. Labor
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2011
Notes
With cd
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang
kepada kemajuan perniagaan koperasi sekolah. Faktor-faktor penyumbang yang telah dikenal pasti
ialah pembelian produk, modal yang disumbangkan, aktiviti pendidikan dan latihan serta penyertaan
pelajar dalam pengurusan perniagaan koperasi sekolah. Kajian ini juga meninjau sejauhmana pengaruh
semua faktor tersebut terhadap kemajuan perniagaan koperasi sekolah. Responden terdiri daripada
pelajar dan guru yang merupakan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan Ahlijawatankuasa (AJK) koperasi.
Dalam kajian ini kaedah kuantitatif digunakan dengan menggunakan soalselidik sebagai instrumen
kajian bagi mendapatkan pendapat responden dan maklumat yang diperlukan. Lima buah sekolah telah
dipilih mengikut kluster yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). 150 orang
responden telah dipilih untuk menjawab soalselidik dan hanya 109 yang telah mengembalikannya.
Kajian ini menggunakan analisis data SPSS 17.0 melibatkan skor min, sisihan piawai, Korelasi
Pearson,Ujian-tdan Regresi Pelbagai digunakan dalam penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat korelasi yang signifikan di antara faktor-faktor penyumbang dan kemajuan perniagaan koperasi sekolah.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.