UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF Commerce
Main Author :Mohd Sani Kamaruddin
Title :Pengaruh faktor demografi dan faktor kerja terhadap kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2013
Notes :with CD
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja kakitangan, menganalisis perbezaan kepuasan kerja berdasarkan faktor – faktor demografi, mengenalpasti faktor – faktor kerja yang mempengaruhi  kepuasan kerja, mengkaji hubungan faktor – faktor kerja dan mengkaji sumbangan faktor – faktor kerja.  Sampel kajian terdiri daripada seramai 209 orang pegawai pengurusan dan profesional serta kakitangan sokongan di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah. Jenis persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan. Set soal selidik yang digunakan untuk menggumpul data mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A demografi 7 soalan, Bahagian B faktor – faktor kerja 20 soalan dan bahagian C faktor kepuasan kerja 26 soalan. Soal selidik ini menggunakan skala Likert 5 poin. Hipotesis kajian ialah, Ho 1, tidak wujud perbezaan signifikan kepuasan kerja berdasarkan ciri-ciri demografi,   Ho 2, tidak wujud hubungan yang signifikan di antara faktor kerja dan Ho 3, Tidak wujud sumbangan faktor – faktor kerja ke atas kepuasan kerja di kalangan kakitangan. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif yang digunakan ialah  peratusan dan min. Statistik inferensi ujian t dan ANOVA, telah digunakan  untuk melihat perbezaan kepuasan kerja berdasarkan ciri demografi manakala analisis korelasi digunakan bagi menentukan kekuatan hubungan antara faktor kerja dan kepuasan kerja. Hasil kajian mendapati bahawa pertama, tahap kepuasan kerja sederhana. Kedua, tiada perbezaan yang signifikan kepuasan kerja berdasarkan ciri-ciri demografi. Ketiga, terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor kerja dengan kepuasan kerja. Keempat, hanya faktor ganjaran, struktur organisasi dan sokongan yang memberi sumbangan kepada kepuasan kerja. Untuk meningkatkan kepuasan kerja dan motivasi kerja di kalangan kakitangan juga dicadangkan untuk mewujudkan pelbagai bentuk ganjaran dan suasana persekitaran kerja yang harmoni, di samping meningkatkan daya produktiviti.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)