UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan reka bentuk pengajaran bersistem dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi murid tingkatan 2 sekolah menengah

AVAILABLE Thesis 947 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Keberkesanan reka bentuk pengajaran bersistem dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi murid tingkatan 2 sekolah menengah
Type
Thesis
Main Author
Euis Mariani D. Koswara
Subject
G Geography. Anthropology. Recreation
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2005
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan pengajaran dalam mata pelajaran geografi yang menggunakan Rancangan Pengajaran Bersistem ( RPB) dan pengajaran yang menggunakan Pengamalan Amalan Guru (PAG). Sampel kajian terdiri daripada 34 orang pelajar Tingkatan Dua yang dipilih berdasarkan pencapaian markah akhir tahun di sebuah sekolah menengah harian biasa di Daerah Pekan, Pahang Darul Makmur. Pelajar ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu seramai 17 orang kumpulan eksperimen dan 17 orang kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan yang terdiri dari 20 soalan objektif yang dibina oleh penyelidik berdasarkan kepada objektif yang ditetapkan dalam rancangan pengajaran dan soal selidik berkenaan keberkesanan reka bentuk pengajaran. Basil kajian menunjukkan terdapatnya perbezaan pencapaian yang signifikan di antara kumpulan pelajar yang diajar menggunakan RPB dengan kumpulan pelajar yang diajar menggunakan PAG. Di sampingitujugaterdapathubunganyangsignifikandi antarapencapaian markah dengan pandangan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P), juga terdapat hubungan yang signifikan di antara pencapaian markah dengan pandangan pelajar terhadap media pengajaran.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.