UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Sidek Haj Hadi
Title :Tahap kecerdasan pemain bola sepak negeri Sarawak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian mengenai Tahap Kecergasan Pemain Bola Sepak Negeri Sarawak ini adalah berbentuk ex-post-faxto iaitu kaedah kajian yang menggunakan ujian amali lapangan yang kuantitatif. Kajian ini menggunakan purposive sampling yang terdiri dari 25 orang pemain bola sepak (MSSM) lelaki bawah 18 tahun Negeri Sarawak yang sedang menjalani latihan pusat berterusan untuk sepanjang musim. Kesemua pemain tersebut menerima treatment latihan dalam permainan bola sepak dari jurulatih bertauliah yang telah mendapat pengiktirafan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Semua data dalam kajian ini diperolehi melalui ujian kecergasan fizikal yang dijalankan menggunakan lima komponen ujian kecergasan fizikal iaitu ujian lompat jauh berdiri, ujian bangkit tubi lutut bengkok, ujian jangkauan melunjur, ujian PACER dan Indeks Jisim Badan (FITNESSGRA. ;Cooper Institute for Aerobics Research, 1992) yang telah diberikan terhadap pemain bola sepak lelaki 18 tahun ke bawah Negeri Sarawak. Indikator bagi kajian ini ialah data dan maklumat yang diperolehi dari pemain bola sepak lelaki Akedemik Negeri Sarawak. Semua data dan maklumat yang diperolehi akan dibandingkan dengan data dan maklumat pemain bola sepak Akademik Negeri Sarawak. Skor mentah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptifdan inferensi. Keputusan yang diperolehi menunjukkan tiga hipotesis Nol di tolak dan dua hipotesis Nol diterima. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa min untuk subjek pemain bola sepak NegeriSarawak dalam indek jisim badan ialah 19.89. , SD2,47, ujian lompat jauh berdiri ialah 40.52. , SD 12.68, ujian bangkit tubi lutut bengkok 37.38. , SD 11.12, ujian jangkauan melunjur ialah 19.21. , SD4.20,ujian PACER ialah 40.64. , SD4.12,Manakala min untuk subjek pemain bola sepak Akademik Negeri Sarawak dalam indek jisim badan ialah 22.S1. , SD2.52,ujianlompatjauh berdiri ialah42.20 , SD 12.10,ujian bangkit tubi lutut bengkok 41.70 , SD 9.37,ujian jangkauan melunjur ialah 19.52 , SD4.16, ujian PACER ialah 41.2S. , SD 3.33. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor ujian di antara pemain bola sepak Negeri Sarawak dan pemain bola sepak Akademik Negeri Sarawak. Kesimpulannya, dapatan daripada penganalisaan data dan maklumat yang telah dijalankan, dapatlah dinyatakan bahawa keputusan kajian ini boleh dijadikan sebagai piawaian untuk mengukurtahap kecergasan fizikal bagi pemain bola sepak lelaki 18 tahun Negeri Sarawak. Memandangkan kajian ini merupakan antara yang terawal dijalankan diNegeri Sarawak, diharap ianya dapat membantu dan memudahkanparaguru dan jurulatih untuk mengenalpasti pemain yang layak untuk dipilih mewakili sekolah, kelab atau persatuan bola sepak bagi kategori 18 tahun ke bawah demi mempertingkatkan mutu dan kualiti bola sepak Negeri Sarawak khasnya dan negara kita amnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)