UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HD Industries. Land use. Labor
Main Author :Intan Fairuzzah Abdullah
Title :Menganggarkan kerugian output ketidakhadiran guru di sekolah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2012
Notes :with cd
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Guru merupakan guna tenaga yang menyumbangkan produktiviti dalam ekonomi. Kos sumber manusia dalam pendidikan adalah penting oleh pihak kerajaan dan negara. Ketidakhadiran guru  dikaitkan dengan pengurangan produktiviti iaitu kerugian ekonomi dari sudut output. Tujuan kajian  ini ialah untuk menganggarkan kos yang telah ditanggung oleh kerajaan atau pelajar akibat daripada  ketidakhadiran guru di sekolah sama ada disebabkan oleh cuti yang telah diambil dan urusan rasmi  yang merangkumi unit kurikulum, ko kurikulum dan hal ehwal murid. Kajian ini juga mengenal pasti  sebab-sebab ketidakhadiran guru di sekolah. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih kajian  berbentuk kajian kes yang melibatkan 78 orang guru di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di  Selangor (Sekolah A) dan 115 orang guru di sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan di Kuala Lumpur  (Sekolah B). Dapatan kajian menunjukkan di sekolah menengah, pengambilan cuti sakit di klinik  swasta atau di hospital swasta adalah lebih tinggi berbanding jenis cuti yang lain. Manakala di  sekolah rendah pula, hasil kajian menunjukkan bahawa jumlah hari guru tidak hadir ke sekolah yang  disebabkan oleh pengambilan cuti bersalin adalah lebih tinggi berbanding jenis cuti yang lain.  Kerugian akibat ketidakhadiran guru di sekolah menengah yang dikaji mengikut jumlah hari bekerja  adalah RM 268,339.18 setahun. Manakala di sekolah rendah pula, jumlah kerugian akibat  ketidakhadiran guru mengikut jumlah hari bekerja adalah RM311,043.70 setahun. Salah satu cadangan  adalah mewujudkan perjawatan baru di sekolah. Walaupun kos penggajian bertambah, namun dari sudut  ekonomi terhadap modal manusia (output) sebenarnya memberi perolehan yang lebih besar dalam  pelaburan jangka masa panjang. Kerugian dan ketinggalan pelajar dalam pelajaran perlulah diambil  perhatian yang lebih utama berbanding  daripada  kos  kewangan  yang  terlibat  untuk  memperbaiki   sistem pendidikan yang sedia ada demi menjaga kepentingan pelajar, guru, kerajaan dan negara.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)