UPSI Digital Repository (UDRep)

Perkaitan tahap ketangkasan dengan tahap masa tindak balas di kalangan pemain bola jaring Sekolah - Sekolah Kebangsaan Zon Sri Aman, Sarawak

AVAILABLE Thesis 1262 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perkaitan tahap ketangkasan dengan tahap masa tindak balas di kalangan pemain bola jaring Sekolah - Sekolah Kebangsaan Zon Sri Aman, Sarawak
Type
Thesis
Main Author
Habibah Nor Haji Laili
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2007
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perkaitan tahap ketangkasan dan tahap masa  tindak balas di kalangan pemain bola jaring Sekolah-Sekolah Kebangsaan Zon Sri Aman, Sarawak.  Kajian ini dibuat untuk meninjau pemain dari posisi manakah yang memiliki tahap ketangkasan dan  tahap masa tindak balas yang terbaik dalam satu­ satu pasukan bola jaring. Penyelidik telah  menggunakan khidmat seramai 120 pemain sebagai sampel kajian ini. Para pemain ini dipilih dari 6  buah sekolah rendah di sekitar Bandar Sri Aman, Sarawak. Dari setiap sekolah, seramai 20 orang  pemain dari pelbagai posisi dipilih sebagai subjek kajian. Kajian ini bersifat kuantitatif kerana  data yang diperolehi adalah berdasarkan skor ujian ketangkasan dan skor ujian masa tindak balas.  Dapatan kajian menunjukkan bahawa, tahap ketangkasan dan tahap masa tindak balas bagi semua posisi  dalam permainan  bola jaring adalah berbeza. Ujian Ketangkasan Lompat Kuadran dan Ujian Larian  Boomerang menunjukkan dapatan min yang berbeza antara satu sama Iain. Begitu juga ujian masa tindak  balas ujian Iarian Zigzag dan Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson juga berbeza. Perkaitan antara  tahap ketangkasan dan tahap masa tindak balas menunjukkan tidak ada hubungan yang signifikan.  Kesemua hipotesis nul diterima. Menariknya, keputusan Korelasi Pearson menunjukkan Ujian  Ketangkasan Larian  Boomerang  (M=4.15,  S.D=.368)  dan  ujian  Tindak  Balas  Nelson  (M=3.85,  S.D=.734). Perbezaan min ini menjadi nilai korelasi pearson untuk ketangkasan Larian Boomerang  dengan Masa Tindak Balas Nelson ialah r =.368. Nilai signifikan p=.383 lebih besar dari nilai  signifikan 0.05. Keputusan p > 0.05 menunjukkan terdapat korelasi antara Larian Boomerang dengan  Masa Tindak Balas Nelson bagi pemain-pemain bola jaring Sekolah-Sekolah Kebangsaan dari Zon Sri  Aman, Sarawak. Ini menunjukkan hipotesis diterima.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.