Perkaitan tahap ketangkasan dengan tahap masa tindak balas di kalangan pemain bola jaring Sekolah - Sekolah Kebangsaan Zon Sri Aman, Sarawak
Type
Thesis
Main Author
Habibah Nor Haji Laili
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2007
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perkaitan tahap ketangkasan dan tahap masa
tindak balas di kalangan pemain bola jaring Sekolah-Sekolah Kebangsaan Zon Sri Aman, Sarawak.
Kajian ini dibuat untuk meninjau pemain dari posisi manakah yang memiliki tahap ketangkasan dan
tahap masa tindak balas yang terbaik dalam satu satu pasukan bola jaring. Penyelidik telah
menggunakan khidmat seramai 120 pemain sebagai sampel kajian ini. Para pemain ini dipilih dari 6
buah sekolah rendah di sekitar Bandar Sri Aman, Sarawak. Dari setiap sekolah, seramai 20 orang
pemain dari pelbagai posisi dipilih sebagai subjek kajian. Kajian ini bersifat kuantitatif kerana
data yang diperolehi adalah berdasarkan skor ujian ketangkasan dan skor ujian masa tindak balas.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa, tahap ketangkasan dan tahap masa tindak balas bagi semua posisi
dalam permainan bola jaring adalah berbeza. Ujian Ketangkasan Lompat Kuadran dan Ujian Larian
Boomerang menunjukkan dapatan min yang berbeza antara satu sama Iain. Begitu juga ujian masa tindak
balas ujian Iarian Zigzag dan Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson juga berbeza. Perkaitan antara
tahap ketangkasan dan tahap masa tindak balas menunjukkan tidak ada hubungan yang signifikan.
Kesemua hipotesis nul diterima. Menariknya, keputusan Korelasi Pearson menunjukkan Ujian
Ketangkasan Larian Boomerang (M=4.15, S.D=.368) dan ujian Tindak Balas Nelson (M=3.85,
S.D=.734). Perbezaan min ini menjadi nilai korelasi pearson untuk ketangkasan Larian Boomerang
dengan Masa Tindak Balas Nelson ialah r =.368. Nilai signifikan p=.383 lebih besar dari nilai
signifikan 0.05. Keputusan p > 0.05 menunjukkan terdapat korelasi antara Larian Boomerang dengan
Masa Tindak Balas Nelson bagi pemain-pemain bola jaring Sekolah-Sekolah Kebangsaan dari Zon Sri
Aman, Sarawak. Ini menunjukkan hipotesis diterima.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.