UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan menilai prestasi serta Kemahiran Hoki bagi pemain hoki Sukan Teras Negeri
Sabah yang berumur 16 tahun. sample kajian ini seramai 18 orang pemain telah dipilih dari pasukan
Hoki Sukan Teras yang mewakili Negeri Sabah ke Kejohanan Hoki Sukan Teras Umur 16 tahun peringkat
kebangsaan.. Tiga item ujian kemahiran hoki telah digunakan iaitu Ujian Kemahiran Menjaring Gol,
Ujian Kemahiran Hantaran Tolak, Ujian Kemahiran Mengelecek, Data di analisis menggunakan analisis
statistik diskriptif dan analisis statistik inferensi. Keputusan analisis inferensi Ujian Kemahiran
Menjaring Gol berdasarkan ketepatan menunjukkan nilai 1 (45) = 45.2, .Q = .000 Keputusan analisis
statistik diskriptif menunjukkan bahawa Ujian Kemahiran Menjaring Gol pemain hoki sukan Teras
Negeri Sabah berumur 16 tahun (M=9.00. SD=.99). Keputusan analisis inferensi Ujian Kemahiran
Hantaran Tolak menunjukkan nilai 1 (27) = 27.43, .Q = .000. Analisis diskriptif menunjukkan
prestasi Ujian Kemahiran Hantaran Tolak pemain hoki Sukan Teras Negeri Sabah berumur 16 tahun
(M=6.00. SD=l.41) Keputusan analisis inferensi Ujian Kemahiran Mengelecek menunjukkan nilai 1 (33)
= 33.44, .Q = .000. Analisis diskriptif menunjukkan prestasi Ujian Kemahiran Mengelecek pemain hoki
sukan Teras Negeri Sabah berumur 16 tahun (M=8.00. SD=l.41) Keputusan yang diperolehi adalah amat
berguna untuk jurulatih menilai tahap prestasi pemain serta
memperbaiki kelemahan kemahiran pemain.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |