UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Chula Bina
Title :Faktor yang mempengaruhi prestasi lompat jauh
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2007
Notes :-
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi prestasi jarak lompat jauh dalam  kalangan pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Perguruan Rajang,  Bintangor. Subjek kajian adalah seramai 37 orang yang terdiri daripada 21 orang pelajar lelaki dan  16 orang pelajar perempuan. Data kajian diperolehi melalui pengukuran berat badan dan ketinggian,  ujian duduk dan jangkau, ujian lompat jauh berdiri, ujian lari pecut 30 meter dan ujian lompat jauh  untuk mendapatkan berat badan, ketinggian, fleksibiliti, kuasa kaki, kelajuan dan prestasi lorn pat   jauh.  Analisis  korelasi  Pearson's  product  moment  digunakan  untuk mengetahui nilai pekali  korelasi antara prestasi lompat jauh dengan setiap faktor yang diramalkan mempunyai pengaruh ke  atas prestasi lompat jauh yakni fleksibiliti, kuasa kaki, kelajuan, berat badan dan  ketinggian.   Dapatan kajian menunjukkan berat badan, ketinggian, kuasa kaki, dan kelajuan mempunyai korelasi  yang signifikan dengan prestasi lompat jauh bagi keseluruhan subjek. Fleksibiliti didapati tidak  mempunyai  perhubungan  yang signifikan dengan prestasi lompat jauh walaupun diramalkan sedemikian.  Analisis yang berasingan bagi setiap jantina menunjukkan sedikit perbezaan walaupun kuasa kaki dan  kelajuan masih menjadi faktor yang mempengaruhi prestasi lompat jauh. Hasil kajian menunjukkan  bahawa berat badan hanya mempunyai pengaruh ke atas prestasi Iompat jauh bagi subjek lelaki. Faktor  ketinggian dan fleksibiliti tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi lompat jauh  bagi subjek lelaki mahupun perempuan.  Kesimpulannya, kuasa kaki dan kelajuan merupakan dua faktor  utama yang mempengaruhi prestasi lompat jauh bagi kedua-dua jantina. Selain daripada itu, faktor  yang mempengaruhi prestasi lompat jauh adalah berbeza antara jantina. Dicadangkan agar kajian  lanjut perlu dilakukan ke atas faktor lain yang boleh mempengaruhi prestasi lompat jauh contohnya  komponen kecergasan dan kemahiran motor.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)