UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dilakukan untuk mengukur tahap kecergasan fizikal serta mengenalpasti subkomponen
kecergasan fizikal yang lebih dominan ke atas pelajar tingkatan satu di SMK Kundasang yang tinggal
di kawasan tanah tinggi. Subjek terdiri daripada 26 orang iaitu 13 lelaki dan 13 perempuan.
Pengumpulan data dibuat melalui lima ujian kecergasan yang terdiri daripada ujian PACER, ujian
lndeks Jisim Badan, ujian tekan tubi dan ujian bangkit tubi. Daripada hasil analisis data
kelima-lima ujian ini, ia menunjukkan komponen kecergasan fizikal pelajar lelaki dan perempuan yang
mana lebih dominan.
Bagi pelajar lelaki, mereka lebih dominan dari segi kekuatan otot (M = 55.57, ± 8.62), Kemudian
diikuti oleh daya tahan otot iaitu (M = 52.79, ± 12.51), kelenturan tulang belakang
(M = 49.97, ± 10.02), daya tahan kardiovaskular (M = 49.01, ± 2.44) dan akhir
sekali indeks jisim badan (M = 46.45, ± 7.65). Bagi pelajar perempuan pula,
mereka lebih dominan dari segi indeks jisim badan (M = 53.53, ± 11.05), diikuti
oleh daya tahan kardiovaskular (M = 50.99, ± 2.47), kelenturan tulang belakang
(M = 50.02, ± 10.39), daya tahan otot iaitu (M = 47.23, ± 5.91) dan akhir sekali
ialah kekuatan otot (M = 44.42, ± 8.18).
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |