| 
              UPSI Digital Repository (UDRep)               |   | 
| 
 | 
 | ||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris | 
| Tujuan melaksanakan kajian ini ialah; (1) membangunkan koswer Peta Pintar Rujukan Grid (RG) yang 
dapat menggantikan buku teks dalam mempelajari topik rujukan grid, (2) mengenalpasti pencapaian 
pelajar yang menggunakan koswer Peta Pintar RG berbanding menggunakan  peta  topografi  di  buku  
teks  di  dalam  topik  rujukan  grid,  dan  (3) membandingkan tahap minat pelajar terhadap 
pendekatan koswer Peta Pintar RG dengan pendekatan peta topografi di dalam buku teks selepas 
mempelajari topik rujukan grid. Seramai 82 pelajar Tingkatan 3 SMK. Khir Johari Sg. Sumun telah 
dipilih daripada kelas sederhana dan lemah bagi mewakili kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. 
Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini dijalankan melalui 3 fasa kajian iaitu ujian pra, ujian pos, 
dan soal selidik. Model ASSURE telah digunakan bagi membangunkan koswer Peta Pintar RG. Ujian t 
digunakan bagi membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan koswer Peta Pintar RG dengan 
pelajar yang menggunakan peta topografi di buku teks. Soal selidik pula digunakan bagi 
membandingkan tahap minat pelajar terhadap pendekatan koswer Peta Pintar RG dengan pendekatan peta 
topografi di buku teks. Keputusan ujian-t yang dijalankan telah dapat membuktikan kumpulan 
eksperimen yang menggunakan koswer Peta Pintar RG mendapat skor yang lebih di dalam topik rujukan 
grid berbanding kumpulan kawalan yang menggunakan peta topografi di buku teks. Soal selidik yang 
dijalankan untuk menguji minat pelajar juga dapat menunjukkan bahawa pelajar yang minat menggunakan 
Peta Pintar RG mendapat min yang tinggi iaitu 4.41 berbanding pelajar yang minat menggunakan buku 
teks dengan min hanya 2.84. | 
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |