UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan Peta Pintar Rujukan Grid terhadap pencapaian dan minat pelajar

AVAILABLE Thesis 738 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Keberkesanan Peta Pintar Rujukan Grid terhadap pencapaian dan minat pelajar
Type
Thesis
Main Author
Khairuddin Nisa
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2007
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan melaksanakan kajian ini ialah; (1) membangunkan koswer Peta Pintar Rujukan Grid (RG) yang  dapat menggantikan buku teks dalam mempelajari topik rujukan grid, (2) mengenalpasti pencapaian  pelajar yang menggunakan koswer Peta Pintar RG berbanding menggunakan  peta  topografi  di  buku   teks  di  dalam  topik  rujukan  grid,  dan  (3) membandingkan tahap minat pelajar terhadap  pendekatan koswer Peta Pintar RG dengan pendekatan peta topografi di dalam buku teks selepas  mempelajari topik rujukan grid. Seramai 82 pelajar Tingkatan 3 SMK. Khir Johari Sg. Sumun telah  dipilih daripada kelas sederhana dan lemah bagi mewakili kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.  Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini dijalankan melalui 3 fasa kajian iaitu ujian pra, ujian pos,  dan soal selidik. Model ASSURE telah digunakan bagi membangunkan koswer Peta Pintar RG. Ujian t  digunakan bagi membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan koswer Peta Pintar RG dengan  pelajar yang menggunakan peta topografi di buku teks. Soal selidik pula digunakan bagi  membandingkan tahap minat pelajar terhadap pendekatan koswer Peta Pintar RG dengan pendekatan peta  topografi di buku teks. Keputusan ujian-t yang dijalankan telah dapat membuktikan kumpulan  eksperimen yang menggunakan koswer Peta Pintar RG mendapat skor yang lebih di dalam topik rujukan  grid berbanding kumpulan kawalan yang menggunakan peta topografi di buku teks. Soal selidik yang  dijalankan untuk menguji minat pelajar juga dapat menunjukkan bahawa pelajar yang minat menggunakan  Peta Pintar RG mendapat min yang tinggi iaitu 4.41 berbanding pelajar yang minat menggunakan buku  teks dengan min hanya 2.84.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.