Persepsi murid terhadap bengkel Kemahiran Hidup mengikut faktor kelengkapan, keselamatan dan persekitaran di sekolah rendah
Type
Thesis
Main Author
Sharina Md. Tahir
Subject
HQ The family. Marriage. Woman
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2014
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Pelajaran Kemahiran Hidup adalah mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dirancang untuk membolehkan
murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai bagai teknik untuk
menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi dan memberikan
mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Keadaan fizikal bengkel Kemahiran
Hidup merupakan elemen penting dalam mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
terutamanya dalam bidang kelengkapan, keselamatan dan persekitaran. Aspek ini akan meningkatkan
tumpuan dan minat murid untuk belajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi
murid terhadap bengkel. Hasil kajian mendapati bahawa faktor keselamatan dan kelengkapan di dalam
bengkel Kemahiran Hidup boleh mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Diharap dengan
maklumat yang diperolehi daripada basil kajian, Iangkah-Iangkah serta pendekatan yang sesuai
dapat dikenalpasti untuk meningkatkan kesempurnaan bengkel bagi mewujudkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran sekolah terbabit. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai satu
garis panduan untuk kajian yang seterusnya dimasa akan datang.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.