UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini berbentuk kuantitatif diskriptif Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti hubungan
antara tahap ketangkasan dan tahap kelajuan di kalangan
pemain hoki lelaki 18 tahun MSSM Sabah. Kajian ini juga turut melihat hubungan tahap ketangkasan
dan tahap kelajuan di kalangan pemain hoki mengikut posisi dalam permainan dan mengikut bahagian
yang terdapat di Negeri Sabah. Subjek kajian terdiri daripada pemain hoki lelaki bawah 18 tahun
yang mewakili Negeri Sabah ke Kejohanan MSSM peringkat kebangsaan tahun 2006. Alat ukur kajian ini
adalah menggunakan bateri ujian meliputi Ujian Lompat Kuadran dan Ujian Lari Ulang Alik 30 kaki
(mewakili tahap ketangkasan) dan Ujian Lari Pecut 30 meter dan Ujian Lari Pecut 6 saat (mewakili
tahap kelajuan). Keputusan kajian dengan menggunakan korelasi Pearson Product Moment menunjukkan
bahawa terdapat hubungan positif yang rendah dan signifikan di antara ujian lompat kuadran
(ketangkasan) dengan ujian lari ulang alik 30 meter (kelajuan) (r=0.20, p=0.44, p |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |