UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Salmi Lilek
Title :Tahap penguasaan pengetahuan jurulatih pemainan bola baling dalam kalangan guru-guru sekolah menengah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2007
Notes :-
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama penyelidikan  ialah untuk mengkaji tahap penguasaan pengetahuan jurulatih permainan  bola baling dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di Sarawak sama ada jurulatih yang bertauliah  mahupun jurulatih yang tidak bertauliah. Kajian merangkumi aspek penguasaan pengetahuan kemahiran  dan undang-undang dalam permainan  bola baling. Penyelidik juga mengkaji tentang pengaruh gaya  kepimpinan dan pengunaan program latihan oleh  jurulatih bertauliah dan tidak bertauliah bagi  memastikan kejayaan pasukan di bawah bimbingan mereka. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimental  ke atas sampel. Soal selidik, temuramah dan penyeliaan digunakan  untuk mengumpulkan  data  penyelidikan. Kajian ini juga melibatkan 28 orang pemain bola baling wanita sebagai sampel bagi  mengumpul data berkaitan gaya kepimpinan jurulatih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, jurulatih  yang bertauliah mempunyai tahap penguasaan pengetahuan yang tinggi terhadap kemahiran dan  undang-undang dalam permainan bola baling berbanding jurulatih tidak bertauliah. Hasil dari  keputusan pertandingan yang disertai oleh kedua-dua pasukan yang dibimbing oleh jurulatih  bertauliah dan tidak bertauliah mendapati bahawa pasukan yang dibimbing oleh jurulatih bertauliah  berjaya menduduki tempat ketiga berbanding pasukan yang dibimbing oleh jurulatih yang tidak  bertauliah gagal untuk mendapat sebarang tempat dalam pertandingan yang telah disertai oleh kedua­  dua pasukan yang dikaji. Nilai signifikan penguasaan pengetahuan kemahiran ialah p=.000, sementara  penguasaan undang-undang menunjukkan nilai p=.004. Bagi nilai signifikan p=.928 untuk kepimpinan  demokratik, p=.032 untuk kepimpinan autokratik dan kepimpinan lassier-faire p=.562. Manakala untuk  program latihan jurulatih bertauliah dengan jurulaih nilai p= .486. Perbezaan ini menunjukkan  bahawa hipotesis nu! untuk tahap penguasaan kemahiran dan undang-undang ditolak, manakala gaya  kepimpinan dan program latihan hipotesis nu! diterima. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya  kepimpinan demokratik dapat membantu meningkatkan pencapaian pasukan bola baling berbanding gaya  kepimpinan autokratik dan lassier-faire. Jesteru itu, jurulatih perlu mempunyai tauliah untuk  membimbing pasukan bola baling dan menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan pemain yang  di latih agar kejayaan dapat dicapai.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)