Kecergasan fizikal pengadil bola sepak :Tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan pengadil bola sepak bahagian Kuching, Sarawak
Type
Thesis
Main Author
Mohd Mahdi @ Nibi Abdullah
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti status tahap kecergasan fizikal berlandaskan
kesihatan di kalangan pengadil di Sahagian Kuching. Seramai 32 orang pengadil telah menyertai
secara sukarela dalam kajian ini. Seramai 16 pengadil negeri dan 16 lagi pengadil kebangsaan.
Semua pengadil ini sekurang-kurangnya telah mengadili pertanding kejohanan Bolasepak selama
tiga tahun. Semasa kajian dijalankan pengadil ini sedang dalam awal musim pertandingan.
Instrument ujian lapangan yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada lima jenis ujian
kecergasan fizikal yang telah diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM® (Cooper Institute for
Aerobics Research, 1992) iaitu ujian lompat jauh berdiri, ujian bangkit tubi lutut bengkok, ujian
PACER, ujian jangkauan melunjur, indeks jisim badan dan termasuk 20 item berkaitan aktiviti fizikal
dan gaya hidupa sihat. Keputusan analisis dari data ujian lapangan menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan kecergasan fizikal berandaskan kesihatan di kalangan pengadil negeri dan
pengadil kebangsaan. Melalui data yang mengadungi 20 item dalam set soalan soalselidik berkaitan
dengan kecergasan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di kalangan pengadil yang berbeza umur. Hasil keputusan kajian telah
dibincangkan dan cadangan disarankan agar satu bentuk program latihan kecergasan berlandaskan
kesihatan dan gaya hidup sihat perlu dibuat untuk menambah baik tahap kecergasan dalam kalangan
pengadil bolasepak negeri dan kebangsaan di bahagian Kuching.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.