UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk menguji tahap kecergasan fizikal berdasarkan kemahiran motor dalam
kalangan pelajar-pelajar yang berumur 12 tahun dengan menggunakan 5 item ujian. Kajian ini adalah
untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kecergasan fizikal
berdasarkan kemahiran motor yang meliputi kepantasan, koordinasi, keseimbangan, ketangkasan dan
kuasa. Kajian telah dijalankan di sekolah-sekolah daerah Kata Kinabalu, Sabah. Pemilihan sample
adalah secara rawak mudah yang melibatkan 100 orang pelajar yang berumur 12 tahun. Setiap sekolah
diwakili oleh 20 orang pelajar iaitu IO orang pelajar lelaki dan I 0 orang pelajar perempuan.
Data mentah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS ( I 1.5). Hipotesis dalam kajian diuji
mengikut analisis secara statistik yang melibatkan ujian t pada tahap keertian p:::: 0.05. Analisis
ujian t dalam semua ujian dinilai semula menggunakan nilai t kritikal untuk melihat tahap
penerimaan atau penolakan hipotesis nol yang dicadangkan. Berdasarkan kajian yang telah
dijalankan, didapati bahawa kesemua ujian memberi keputusan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan yang berumur berumur 12 tahun. lni
menunjukkan bahawa pengujian hipotesis ini adalah hipotesis not ditolak.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |