UPSI Digital Repository (UDRep)

Penggunaan internet dalam kalangan guru-guru sekolah rendah

AVAILABLE Thesis 787 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Penggunaan internet dalam kalangan guru-guru sekolah rendah
Type
Thesis
Main Author
Mohd Azhar Mohd Yusuff
Subject
TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2010
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan Internet dalam kalangan guru­ guru sekolah  rendah di daerah Kuala Kangsar, Perak. Kajian ini telah melibatkan seramai 94 orang guru sebagai  responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah  soal  selidik  yang  mengukur  latar   belakang  responden  meliputi  umur, pcngalaman mengajar dan kelulusan akademik. Selain itu, turut  diukur sikap terhadap pcnggunaan Internet, kemahiran menggunakan Internet dan kekerapan penggunaan  Internet dalam masa seminggu. Segala data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical  Packages for Social Sciences (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan sikap dan kemaluran responden  terhadap penggunaan Internet adalah tinggi berdasarkan nilai min yang diperolehi. Analisis  inferensi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara tujuan menggunakan Internet  dengan kekerapan penggunaan Internet dan terdapat perkaitan yang signifikan di antara sikap  terhadap penggunaan Internet dengan kekerapan penggunaan Internet. Dapatan kajian juga menunjukkan  terdapat perkaitan yang signifikan di antara umur, pengalaman mengajar dan kelulusan akademik  dengan kekerapan penggunaan Internet. Namun, umur dan pengalaman  mengajar  mempunyai  hubungan   yang  negatif  dengan  kekerapan penggunaan Internet iaitu semakin meningkat umur dan semakin  meningkat tempoh pengalaman mengajar menyebabkan semakin berkurangnya penggunaan Internet dalam  kalangan guru. Manakala kelulusan akademik mempunyai hubungan yang positif dengan kekerapan   penggunaan  Internet iaitu semakin tinggi  kelulusan akademik seseorang guru maka semakin  meningkatnya penggunaan Internet dalam kalangan guru.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.