UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan antara francaisor-francaisi dan kejayaan perniagaan francais di Kuala Terengganu, Terengganu

AVAILABLE Thesis 739 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Hubungan antara francaisor-francaisi dan kejayaan perniagaan francais di Kuala Terengganu, Terengganu
Type
Thesis
Main Author
Asiah Mohamad
Subject
HF Commerce
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2006
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat hubungan antara francaisor- francaisi dan kejayaan  perniagaan francais di Kuala Terengganu,  Terengganu.  Kajian ini juga dilakukan kerana sehingga  kini didapati masih tidak banyak kajian berkaitan tajuk ini dilakukan, khususnya di Malaysia. Di  dalam perniagaan francais, adalah penting untuk francaisor dan francaisi menjaga hubungan yang  wujud di antara mereka. lni kerana, walaupun berlaku peningkatan dalam penglibatan usahawan di  dalam bidang ini, tidak kurang juga mereka yang menemui kegagalan dalam mencapai matlamat mereka.  Terdapat enam jaktor yang telah dikenalpasti menjadi penyebab kepada kejayaan sesebuah perniagaan  francais. Faktor- faktor tersebut terdiri daripada faktor latihan (sumber manusia), hubungan  francaisor- francaisi, produk atau perkhidmatan, lokasi, pemilihan francaisor dan komitmen yang  diberikan francaisi terhadap perniagaan mereka. Perniagaan francais mula memasuki Malaysia pada  tahun 1940-an. Namun ianya masih dianggap baru berbanding negara USA. Populasi kajian adalah semua  pengusaha perniagaan francais di seluruh Terengganu. Sebanyak 50 set soal selidik telah diedarkan,  namun hanya 36 set soal selidik yang dikembalikan. Dengan itu, hanya 36 responden yang diambil  sebagai sampel kajian.  Kajian ini menggunakan kaedah linjauan kerana kaedah ini lebih menepali  kehendak kajian dan dapat merangkumi bilangan responden yang ramai. Oleh itu, borang soal selidik  digunakan untuk membuat tinjauan ke alas sampel yang dipilih. Kesemua 36 set soal selidik yang  dikembalikan telah diproses dengan bantuan komputer yang diprogramkan dengan menggunakan kaedah  Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 11.5. Penganalisisan data- data dalam  kajian ini melibatkan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Penyelidik juga menggunakan  frekuensi, peratusan dan korelasi dalam menganalisis data. Kajian ini hanya terbatas di daerah  Kuala Terengganu sahaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor latihan (sumber manusia),  hubungan francaisor-francaisi, produk atau perkhidmatan, lokasi, pemilihan francaisor dan  komitmen yang diberikan francaisi terhadap perniagaan  mereka mempunyai  hubungan yang positif  dengan prestasi  kejayaan  perniagaan  francais.  Analisis  regreasi  menunjukkan  semua  pembolehubah  yang  digunakan  menunjukkan  hubungan  signifikan  dengan  semua pembolehubah  yang   digunakan.  Oleh  itu,  semua  hipolesis  alternatif  (HA)  yang mengatakan bahawa faktor latihan  (sumber manusia), hubungan .francaisor- francaisi, produk  atau  perkhidmatan,  lokasi,  pemilihan   francaisor  dan  komitmen  pemilik perniagaan francais adalah signifikan terhadap prestasi kejayaan  perniagaan francais adalah diterima dan hipotesis null (Ho) adalah ditolak. Penyelidik mencadangkan  agar kajian- kajian akan datang memasukkan elemen modal, menggunakan sampel yang lebih besar, fokus kepada satu jenis keluaran sahaja dan lokasi yang lebih luas.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.