UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF Commerce
Main Author :Zarina Biduan
Title :Amalan kemahiran belajar dan hubungannya dengan pencapaian mata pelajaran Prinsip Perakaunan di daerah Kuala Kangsar
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2006
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan di antara amalan kemahiran belajar dengan prestasi  pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Kajian ini diukur menggunakan instrumen  soal selidik yang terdiri daripada 42 item.  Soal selidik ini dibahagi kepada pemboleh ubah bebas  yang terdiri daripada faktor demografi jantina serta bangsa dan faktor kemahiran belajar iaitu  pengurusan masa, mencatat nota serta kefahaman membaca, pengurusan kebimbangan terhadap ujian serta  kelajuan membaca, konsentrasi/penumpuan, persediaan menghadapi ujian dan kemahiran menulis manakala  pemboleh ubah bersandar pula adalah pencapaian dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.  Kajian ini  dijalankan ke atas  209 orang pelajar  tingkatan  lima yang mengambil mata pelajaran Prinsip  Perakaunan di enam buah sekolah menengah di daerah Kuala Kangsar. Sebanyak lima persoalan telah  ditimbulkan dan tigabelas hipotesis telah dibentuk dan diuji dengan menggunakan Ujian t, ANOVA Satu  Hala dan Korelasi Pearson.  Walaupun dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang lemah di  antara amalan kemahiran belajar dengan prestasi pencapaian dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan,  secara keseluruhannya ia masih dapat membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi pencapaian dengan  memantapkan amalan kemahiran belajar  di samping menyediakan diri dengan persediaan fizikal (sihat  tubuh badan), persediaan mental  (IQ),  persediaan  emosi  (EQ)  membina  matlamat  belajar  dan   berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa amalan kemahiran  belajar haruslah digabungkan bersama dengan kemahiran intelektual untuk  menghasilkan kejayaan yang cemerlang dalam akademik.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.