UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HD Industries. Land use. Labor
Main Author :Edariza Salam
Title :Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perniagaan usahawan wanita bumiputera dalam industri pemprosesan makanan di Teluk Intan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2006
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Wanita pada hari ini memainkan berbagai-bagai peranan yang penting dalam masyarakat. Mereka telah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja memainkan peranan tradisional dalam pengurusan hidup berkeluarga malah membantu memperbaiki ekonomi keluarga dengan menceburi dalam berbagai-bagai jenis aktiviti bagi meningkatkan pendapatan, sama ada yang dijalankan di rumah atau di dalam komuniti. Ramai di kalangan wanita ini yang menceburkan diri dalam dunia keusahawanan terutama yang melibatkan industri pemprosesan makanan. Ada di kalangan pengusaha-pengusaha ini yang berjaya dan mampu untuk menempakan nama dalam industri tersebut. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenaI pasti akan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perniagaan mereka. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan menggunakan borang soal selidik. Sampel adalah terdiri daripada usahawan-usahawan wanita Bumiputera yang terdapat di kawasan Teluk Intan. Kajian rintis telah dijalankan untuk mencari nilai kebolehpercayaan pada setiap item-item yang dibina. Analisis kajian dilakukan dengan dibantu oleh program SPSS untuk mendapatkan nilai-nilai kekerapan, korelasi dan regresi berganda. Hasil kajian mendapati kesemua faktor strategi pemasaran campuran iaitu produk, lokasi, harga dan promosi mempunyai hubungkait yang positif serta bersignifikan pada prestasi. Manakala daripada analisis regresi, jelas membuktikan elemen-elemen pemasaran campuran adalah penyumbang kepada prestasi perniagaan. Sebagai kesimpulan, usaha-usaha penambahbaikan pada strategi pemasaran campuran termasuklah sikap perlulah terus dilakukan untuk memastikan prestasi perniagaan berkembang maju. Segala kemudahan dan bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, seharusnya tidak dipandang remeh tetapi sesuatu yang perlu direbut oleh pengusaha.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.