UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan Senaman Brain Gym ke atas prestasi pelajar-pelajar pencapaian akademik rendah sekolah menengah

AVAILABLE Thesis 920 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Keberkesanan Senaman Brain Gym ke atas prestasi pelajar-pelajar pencapaian akademik rendah sekolah menengah
Type
Thesis
Main Author
Sivanesan Palaniappa Pillai
Subject
RC Internal medicine
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2005
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Senaman Brain Gym dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar-pelajar pencapaian akademik rendah dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu Bab Sejarah dan Kita. Kajian juga bertujuan untuk menentukan perhubungan di antara Konsep Kendiri dengan Pencapaian Akadenik. Sampel kajian terdiri 60 orang pelajar sebuah sekolah menengah di Tanjong Malim. Kajian ini dijalankan secara ekperimental melibatkan dua kumpulan iaitu Kumpulan Eksperimen 29 orang dan Kumpulan Kawalan 31 orang. Kumpulan Eksperimen didedahkan dengan Senaman Brain Gym sebagai rawatan. Analisis data kajian mempamerkan dapatan-dapatan menarik. Dalam Ujian Pos Kumpulan eksperimen telah peroleh pencapaian lebih tinggi berbanding Kumpulan Kawalan. Dari segi mengingat kembali fakta didapati lebih baik berbanding Kumpulan Kawalan. Konsep kendiri pelajar Eksperimen juga telah berubah ke arah positif. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan korelasi positif di antara pencapaian pelajar dengan konsep kendiri. Hasil Temu bual pula didapati bacaan. penulisan, penumpuan dan kesihatan pelajar telah bertambah baik. Dapatan kajian menunjukkan selain faktor keupayaan kognitif faktor psikomotor juga memberi kesan ke atas proses pembelajaran pelajar. Senaman Brain Gym yang melibatkan pergerakan-pergerakan mudah dan menyeronokan mengkordinasikan otak kanan dan kiri seterusnya memudahkan pembelajaran. Maka senaman Brain Gym boleh digunakan sebagai satu kaedah alternatif dalam menangani masalah pembelajaran di kalangan pelajar pencapaian akademik rendah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.