UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HB Economic Theory
Main Author :Norhasyimah Jamil
Title :Gaya pembelajaran dan sikap mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya pembelajaran dan sikap terhadap pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Selain itu, kajian ini juga melihat hubungan di antara bangsa dan jantina terhadap gaya pembelajaran dan pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah di Teluk Intan, Perak. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 di ketiga-tiga buah sekolah kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Bahagian A mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan maklumat am latar belakang responden, Bahagian B terdiri daripada 44 item gaya pembelajaran diambil dari Felder and Solomon's Index of Learning Styles dan Bahagian C mengandungi 20 item sikap yang diambil dan diubahsuai dari Aiken Mathematics Attitude Scale. Alat ujian yang telah digunakan adalah Analisis Frekuensi, Crosstabulation dan Regresi Linear. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan di antara gaya pembelajaran dan sikap dengan pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Kajian juga mendapati wujudnya hubungan di antara bangsa dan jantina dengan gaya pembelajaran pelajaran Ekonomi STPM.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)